Laman Qaseh Sueci

laman ini terbina atas rasa rindu..rasa kasih..rasa sayang..rasa cinta …dan rasa bahagia…mengingatkan ttg dirinya

Diriku hanya wanita biasa.. Ogos 4, 2011

Filed under: jurnal sang kekasih — sueci adlishah @ 4:03 pm
Tags:

Kepadamu yang telah menjadi pendampingku..Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih.. Padahal kamu begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kamu tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang telah memilihku.. 

Aku tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aku akan saja  berbuat salah dan begitu menyedihkan. Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.. 

Duhai kau yang telah memilihku.. Ingatlah, tak selamanya aku akn cantik di matamu, ada kalanya aku akan begitu kusam dan hodoh. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti –Insya’Allah-. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian ku harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai. Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.. Ataukah kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga anak  kecil kita yang sedangsakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu.. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.. 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku.. 

Ketahuilah, aku tak sesabar  Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis , bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu, maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu.. Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku.. 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya. Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.. 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku.. 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah.. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-Nya, walau kadang aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku.. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah.. Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aku tetap bersatu di dalamnya. 

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku.. 

Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar.. Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Karena satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu.. 

Ketahuilah.. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..Maka, cintailah aku, dengan apa adanya aku.. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna.. Maafkan aku kerana aku bukan puteri.. Aku hanya wanita biasa.. 

Advertisements
 

Pesanan buat insan bernama lelaki Februari 17, 2010

Assalamualaikum wrt wbr..

Alhamdulillah..kupanjat syukur ke hadrat Ilahi,aku diberi kesempatan lagi untuk berkongsi cerita dan luahan hati bersama semua..terutama buat Sygku yang jauh di mata..

Di sini ingin kuberpesan padamu insan yg bernama lelaki..jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa kehadiran wanita..tanpa wanita,hati,fikiran dan perasaan lelaki akan resah..kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri dan puteri..dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh insan yang bernama lelaki,tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus,tak mungkin mampu untuk meluruskan wanita..Luruskanlah wanita dengan cara yang diajar Allah,kerana wanita dicipta sebegitu rupa olehNya..didiklah wanita dengan panduan dariNya.

Jangan cuba jinakkan wanita dengan harta,nanti mereka semakin liar.Jangan hiburkan wanita dengan kecantikan,nanti mereka semakin alpa kerana yang bersifat sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah..Kenalkanlah wanita dengan Allah,zat yang kekal..disitulah terletak segala permulaan..

Akal wanita setipis rambutnya,maka tebalkan dengan ilmu agama..Hati wanita serapuh kaca,maka perkuatkanlah dengan iman di dada.Perasaan wanita selembut sutera,maka hiasilah dengan akhlak terpuji.Suburkanlah jiwa wanita dengan sifat-sifat murni kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan…akan terhibur dan bahagialah hati mereka,walaupun mereka tidak bergelar ratu cantik dunia mahupun Perdana Menteri negara.

Bisikkan ke telinga wanita bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.Itu bukan diskriminasi Tuhan.Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan,kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja.

Ingatkan wanita agar jangan lupa hakikat kejadiannya.Mereka yang lupa pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.Tanpa ilmu,iman dan akhlak,wanita bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan.Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh wanita daripada wanita yang dirosakkan oleh  lelaki.Sebodoh-bodoh wanita pun BOLEH menundukkan sepandai-pandai lelaki.

Usah biarkan wanita hanyut dalam dunia kepura-puraannya.Usah biarkan mereka bermaharajalela dengan mengusung tinggi egonya,kelak anak pun akan kehilangan ibu,suami kehilangan isteri, dan bapa kehilangan anak.

Apabila wanita derhaka,dunia lelaki akan huru hara.Apabila tulang rusuk patah,maka rosaklah fungsi jantung,hati dan limpa.

Lelaki jangan hanya berharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,pimpinlah diri sendiri dahulu.Jinakkan diri dengan Allah,nescaya akan jinaklah segala yang berada di bawah pimpinan kamu.Jangan pernah kau harap wanitamu sebaik Siti Fatimah,selagi peribadimu tidak sehebat Sayyidina Ali..wallahu’alam..

Pesanan ini,kuharap dijadikan iktibar dan teladan..bukan sahaja buat insan yang bernama lelaki malah buat diriku insan yang bergelar wanita..kerana aku ingin menjadi pendamping hidupnya yang terbaik..suri buat hatinya..teman dikala dia gundah..amin..insyaAllah..kulagi mencuba..

Detik demi detik..masa berganti..8 bulan tempoh yang agak lama..mudah mudahan segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkanNya..mudah mudahan niat murni kami dimakbulkan dan diberkatiNya..Ya Allah,kubermohon padamu,lindungilah kami dari segala niat buruk dan tipu daya syaitan..sesungguhnya padamulah aku berserah..

catatan di kamar sepi..buat insan bernama lelaki

p/s:sygku..tetap bertahan dan bersabar ya..insyaAllah semuanya pasti berakhir dgn senyuman di wajah..

 

jurnal sang kekasih.. Februari 10, 2010

Filed under: jurnal cinta,jurnal sang kekasih — sueci adlishah @ 2:54 pm
Tags: ,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum wrt wbr..
Syukur ke hadrat Ilahi, diri ini masih diberi peluang untuk menghirup udaraMu..masih diberi peluang menikmati semua nikmatMu..sesungguhnya diriku ini hambaMu yg kerdil..

Dikesempatan ini, ingin kuucapkan jutaan terima kasih kepada para pengunjung Laman Qaseh Sueci,tidak kusangka laman yang kubina atas rasa kasih,rasa sayang, rasa rindu dan rasa cinta pada seorang insan yang bernama kekasih,sudi juga disinggahi pengunjung lain..kuharap semoga catatan-catatan kecilku memberikan manfaat buat kalian..

Hari ini..tanggal 10 Februari 2010,ingin ku kongsikan perkhabaran indah dari langit..kupohonkan doa dari kalian agar perjalanan kami menuju hari bahagia selamat dan lancar hendaknya..detik demi detik berlalu..hari berganti hari..cuma menanti bulan yang hadir..segala persiapan sedang rancak disediakan…wajah-wajah gembira jelas terpancar…masing-masing tidak sabar menantikan saat itu..terima kasih semua..sesungguhnya masa lalu telah banyak mengajar diriku erti hidup..dan hadirnya dia dalam hidupku,seperti melengkapkan segala kekurangan diriku..mungkin itulah hikmahnya..seperti firman Allah dlm surah Ar-Rum:ayat 21 “Dialah(Allah) yang menciptakan bagi kamu pasangan-pasangan(jodoh) dari makhluk jenis kamu sendiri agar kamu condong kepadanya dan merasa tenteram dengannya kemudian Allah menciptakan kasih sayang diantara kamu.”

Ya Allah,tak henti-henti kupanjatkan syukurku padamu..akhirnya telah kau sampaikan berita gembira untukku dan dia..kau temukan kami walau jarak dan waktu yang memisah..kau satukan kami setelah kau uji kami dengan segala dugaan..sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui..andai sahaja mereka semua tahu apa yang pernah kulalui dan apa yang dia tempuhi..pasti tiada siapa yang akan memperlekehkan erti ‘cinta’ lagi..

Cinta sgt subjektif untuk diterangkan maksudnya..kerana ia bukan logika..cinta adalah rahmat dariNya..pernah kuterbaca dari seorang penulis tersohor..kata-katanya sgt menarik untuk kukongsikan bersama..”cinta tidak tumbuh di ladang yang subur,melainkan di taman hati.bila anggerik,melati,mawar,tulip,azalea mekar serentak,mana yang lebih cantik?masing-masing memiliki kecantikan dan keindahannya tersendiri.bila mesti memilih,tentu hati dan rasa yang akan bicara..maka,bertanyalah kepada hatimu,sebelum memilih,dan bila sudah kau tentukan, simpanlah dalam ceruk hatimu..ketika kamu temukan seribu bunga lain yang mekar indah,bungamu tetaplah yang paling indah..jika semua harum,tidak ada yang dapat menandingi wangi bungamu..” dan terima kasih Sygku kerana telah memilihku menjadi suri hatimu..dan percayalah Sygku..tidak akan kupersiakan segala kepercayaanmu..insyaAllah..

Sampai di sini dulu..ada pekerjaan yang harus kusambung..insyaAllah..andai ada rezeki,umur yang panjang..akan kucoretkan lagi persiapanku menjelang hari bahagia..dan lagi satu..kumohon kalian doakan laptop kesayanganku segera dibaiki..

dan buat Sygku, aku selalu rindukanmu..sample kartu undangannya udah disiapkan..insyaAllah nanti diemel ke Syg..jaga diri dan kesihatan selalu ya..jangan khawatirin diriku..insyaAllah pasti sembuh lepas makan ubatnya..lagipun udah diberi perhatian sama Doktor kelahiran Bandung..hehehe..makasih doktor hatiku..

yang selalu mencintai kekasihku..