Laman Qaseh Sueci

laman ini terbina atas rasa rindu..rasa kasih..rasa sayang..rasa cinta …dan rasa bahagia…mengingatkan ttg dirinya

selamat hari lahir sayangku.. Mac 16, 2010

Assalamualaikum wrt wbr..kehadapan kekasihku yang jauh di mata namun selalu dekat dihati..terdahulu ingin kupanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana telah mendengar permintaan kita 2hari lepas..alhamdulillah segala rintangan mahupun dugaan yang menimpa,sama-sama dapat kita hadapinya dengan hati yang redha..

Sygku..hari ini bertambah lagi usiamu sebagai tanda kematanganmu menjalani hidup di dunia ini..Sygku..selamat hari lahir..semoga di hari ini dan hari-hari mendatang memberi kebahagiaan buat syg..dan sentiasa berada dibawah limpah rahmatnya..insyaAllah..

Sygku..kuselalu bermohon padaNya,agar syg selalu dipanjangkan usia agar bisa terus beribadah padaNya,bisa membimbing diriku ke jalanNya dan bisa harungi semua halangan bersama-sama..

Sygku..kupanjatkan doa padaNya,agar syg selalu dimurahkan rezeki,dipermudahkan segala urusan,biar syg bisa membahagikannya dengan yang kurang mampu..agar syg bisa terikat terus dengan taliNya berkat rezeki yang halal dan sedekah amal jariah..

Sygku..ku juga tahajjud di tgh malam,memohon agar syg diberi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat..semoga kasih dan sayangku memberi makna dalam hidup syg..semoga cinta kita terus bersemi kerana cinta kita padaNya..sesunggahnya Dialah yang meniupkan rasa cinta dalam hati manusia dan Dialah yang Maha Berkuasa menarik balik segala rasa yang ada..semoga cinta ini sentiasa buat kita ya sygku..

Sygku..pesanku cuma satu,ingatlah setiap yang berlaku adalah ketentuan dariNya..kita cuma merancang tapi Dia yang menentukan..perbanyakkanlah berdoa padaNya semoga cinta kita diberkati dan jodoh kita dipanjangkan..insyaAllah kalau niat kita suci,segala yang kita pohon pasti dimakbulkanNya..dan andai masih belum,bukan bermakna Allah tidak mendengar permintaan kita,cuma kadang-kadang belum masanya untuk Dia kabulkan permintaan kita..yang perlu kita lakukan,hanyalah terus dan terus berdoa serta tawakkal padaNya..hanya Dia tempat kita mengadu..hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita..

 

salam sayang dariku,

kekasihmu fazie..

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s