Laman Qaseh Sueci

laman ini terbina atas rasa rindu..rasa kasih..rasa sayang..rasa cinta …dan rasa bahagia…mengingatkan ttg dirinya

salam penuh kesyukuran.. Februari 26, 2010

Filed under: salam penuh kesyukuran — sueci adlishah @ 5:23 pm
Tags:

Assalamualaikum wrt wbr..

Kuhulur salam penuh rasa syukur buatmu yg jauh di sana…semoga harimu disinari mentari indah,dibelai bayu berpuput manja..diberi berkah sepanjang masa…Sygku,maafkan diriku,andai terlewat mengirim khabar buatmu..kutahu kau selalu menantikan kehadiran warkah dariku..percayalah kujuga terlalu rindu untuk menulis buatmu..dan hari ini ku berpeluang juga menulis buatmu..

Sygku..hari berganti hari..bulan berganti bulan..masa yang dinanti tak lama lagi bakal menjelang..seperti pesan-pesanmu selalu..ku juga ingin Sygku terus berdoa padaNya..jangan pernah putus dengan taliNya..kerana hanya pada Dia tempat kita mengadu dan memohon..Sygku..sesungguhnya diriku terlalu bersyukur,telah banyak dugaan dan halangan yang pernah kita hadapi..dan akhirnya kebahagiaan ini yang Allah kurniakan..semoga kebahagiaan ini terus bersama kita..insyaAllah..yang penting kita tetap dan terus bermohon padaNya..

Sygku,kutahu kebelakangan ini,fikiran Syg sedikit terganggu..tidak ingin kutuliskan masalah itu..biarlah cuma kita yang tahu..tapi Sygku,percayalah aku selalu ada di sisimu,berdoa untukmu..dan Sygku tetaplah bersabar dan bersemangat menghadapi semua permasalahan..teruslah tersenyum..nescaya Sygkan lebih tenang hadapi semua..

Sygku..di sini kutitipkan sekali puisi buatmu..semoga dijadikan simpanan di hati mu..

betapa aku sendiri mengerti keresahanmu

setiap kali dada bulan berladung air bening

sejak sinarnya kembara di labuh senja

bayang-bayangnya pecah merubah warna

biarpun siangnya aku jauh darimu

resah wajahmu dapat kubaca

cinta dan batuk tidak dapat diselindung

pun sebab tidak semua kebenaran

berpenghujung

dan bila hari kini keresahan membalut

di tangkai hati yang kian rapuh

lewatnya aku tidakkan sangsi

kerana tidakkan ada rahsia terbina

dan tidakkan ada yang lebih segera kering

dari titisan dan banjiran airmata.

lewatnya aku tidakkan sangsi

kerana tidakkan ada rahsia terbina

dan tidakkan ada yang lebih segera kering

dari titisan dan banjiran airmata.

Sygku..tidak dapat ku berlama menulis di sini..mungkin kalau ada rezeki,kutuliskan lagi untukmu puisi..yang penting Sygku disana..sama-sama terus berdoa demi masa depan kita..jangan khawatirin diriku di sini..aku selalu mencintaimu..dan mendoakan kebahagiaan buatmu..dan satu lagi..Sygku jangan lupa jaga diri dan kesihatan di sana..

yang selalu bersamamu..

kekasihmu,fazie

 

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s