Laman Qaseh Sueci

laman ini terbina atas rasa rindu..rasa kasih..rasa sayang..rasa cinta …dan rasa bahagia…mengingatkan ttg dirinya

Pesan Seorang Ibu Februari 26, 2010

Filed under: jurnal cinta — sueci adlishah @ 2:07 pm
Tags:

Seorang ibu memberi nasihat kepada anak perempuannya yang bakal diijabkabulkan,dalam keadaan menangis tetapi tersenyum:”Wahai anakku,engkau bakal menghadapi hidup baru,hidup yang di dalamnya tiada tempat untuk bapa,dan ibumu,begitu juga saudara-saudaramu. Di dunia itu engkau akan menjadi rakan kongsi bagi suamimu.Suamimu tidak akan rela ada orang lain yang ikut campur dalam urusan kamu berdua,termasuk orang yang hampir atau kerabatmu.”

“Anakku,jadilah seorang isteri sekaligus seorang ibu bagi suamimu.Buatlah dia  merasa bahawa engkau adalah segala-galanya dalam hidupnya.Ingatlah bahawa seorang lelaki tidak ubah seperti kanak-kanak yang senang jika dimanjakan.Jangan engkau membuat dia merasa bahawa bernikah denganmu menjadikan kamu terpisah dari keluarga dan ibu bapamu.Perasaan seperti itu juga dirasainya. Dia telah meninggalkan rumah kedua ibu bapa dan keluarganya demi kamu. Bagaimanapun,perbezaan antara kamu dan dia adalah perbezaan antara lelaki dan perempuan.”

“Anakku,setiap perempuan akan rindu kepada  keluarga dan rumah di mana ia lahir,membesar dan belajar di dalamnya.Tetapi ia perlu membiasakan diri hidup dalam suasana baru.Dia perlu menyesuaikan diri dengan seorang lelaki yang telah menjadi suaminya yang sah,sebagai pelindung dan ayah anak-anaknya.Inilah duniamu yang baru,anakku!”

“Anakku,inilah masa kini dan masa depanmu.Inilah keluargamu yang bakal kamu bina berdua.Aku tidak menyuruh kamu melupakan ibu,ayah dan saudaramu,kerana mereka tidak akan melupakanmu,wahai anakku.Bagaimanapun,aku minta padamu,cintailah suamimu nanti,hidup dan berbahagialah bersamanya.”

“Contohilah kesabaran wanita bernama Asiyah,kesetiaan Khatijah,kejujuraan Aisyah,dan keteguhan hati Fatimah..”

 

:-pesanan buat seorang perempuan yang bergelar bakal isteri..

 

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s