Laman Qaseh Sueci

laman ini terbina atas rasa rindu..rasa kasih..rasa sayang..rasa cinta …dan rasa bahagia…mengingatkan ttg dirinya

Pesanan buat insan bernama lelaki Februari 17, 2010

Assalamualaikum wrt wbr..

Alhamdulillah..kupanjat syukur ke hadrat Ilahi,aku diberi kesempatan lagi untuk berkongsi cerita dan luahan hati bersama semua..terutama buat Sygku yang jauh di mata..

Di sini ingin kuberpesan padamu insan yg bernama lelaki..jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa kehadiran wanita..tanpa wanita,hati,fikiran dan perasaan lelaki akan resah..kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri dan puteri..dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh insan yang bernama lelaki,tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus,tak mungkin mampu untuk meluruskan wanita..Luruskanlah wanita dengan cara yang diajar Allah,kerana wanita dicipta sebegitu rupa olehNya..didiklah wanita dengan panduan dariNya.

Jangan cuba jinakkan wanita dengan harta,nanti mereka semakin liar.Jangan hiburkan wanita dengan kecantikan,nanti mereka semakin alpa kerana yang bersifat sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah..Kenalkanlah wanita dengan Allah,zat yang kekal..disitulah terletak segala permulaan..

Akal wanita setipis rambutnya,maka tebalkan dengan ilmu agama..Hati wanita serapuh kaca,maka perkuatkanlah dengan iman di dada.Perasaan wanita selembut sutera,maka hiasilah dengan akhlak terpuji.Suburkanlah jiwa wanita dengan sifat-sifat murni kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan…akan terhibur dan bahagialah hati mereka,walaupun mereka tidak bergelar ratu cantik dunia mahupun Perdana Menteri negara.

Bisikkan ke telinga wanita bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.Itu bukan diskriminasi Tuhan.Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan,kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja.

Ingatkan wanita agar jangan lupa hakikat kejadiannya.Mereka yang lupa pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.Tanpa ilmu,iman dan akhlak,wanita bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan.Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh wanita daripada wanita yang dirosakkan oleh  lelaki.Sebodoh-bodoh wanita pun BOLEH menundukkan sepandai-pandai lelaki.

Usah biarkan wanita hanyut dalam dunia kepura-puraannya.Usah biarkan mereka bermaharajalela dengan mengusung tinggi egonya,kelak anak pun akan kehilangan ibu,suami kehilangan isteri, dan bapa kehilangan anak.

Apabila wanita derhaka,dunia lelaki akan huru hara.Apabila tulang rusuk patah,maka rosaklah fungsi jantung,hati dan limpa.

Lelaki jangan hanya berharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,pimpinlah diri sendiri dahulu.Jinakkan diri dengan Allah,nescaya akan jinaklah segala yang berada di bawah pimpinan kamu.Jangan pernah kau harap wanitamu sebaik Siti Fatimah,selagi peribadimu tidak sehebat Sayyidina Ali..wallahu’alam..

Pesanan ini,kuharap dijadikan iktibar dan teladan..bukan sahaja buat insan yang bernama lelaki malah buat diriku insan yang bergelar wanita..kerana aku ingin menjadi pendamping hidupnya yang terbaik..suri buat hatinya..teman dikala dia gundah..amin..insyaAllah..kulagi mencuba..

Detik demi detik..masa berganti..8 bulan tempoh yang agak lama..mudah mudahan segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkanNya..mudah mudahan niat murni kami dimakbulkan dan diberkatiNya..Ya Allah,kubermohon padamu,lindungilah kami dari segala niat buruk dan tipu daya syaitan..sesungguhnya padamulah aku berserah..

catatan di kamar sepi..buat insan bernama lelaki

p/s:sygku..tetap bertahan dan bersabar ya..insyaAllah semuanya pasti berakhir dgn senyuman di wajah..

 

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.